ZAMAN dahulu, masa dikaitkan dengan emas. 'Masa itu emas' kononnya. Masa, dikaitkan dengan emas kerana emas itu mahal. Masa berharga seperti emas. Zaman ini dan akan datang, ia sudah tidak sesuai lagi. Masa bukan lagi emas, sebaliknya, ia lebih berharga dari emas. Masa ialah 'nyawa'. Dan kehidupan kita ini bergantung kepada masa yang tertinggal di dalam hidup kita sahaja. Jadi, masa adalah nyawa dan kehidupan.
Berapa lama lagi kehidupan kita? Hanya pada nyawa (masa) yang
tertinggal untuk sekarang dan akan datang. Kita hanya boleh
memanfaatkan masa yang ada. Itu sahaja daya dan usaha kita. Kita tidak
mampu menambah atau mengurangkan masa dalam kehidupan kita ini.
Memanfaatkan masa yang berbaki, itulah cara memanfaatkan nyawa dan
kehidupan. WALASRI -- Demi Masa: sama ada dalam kehidupan ini kita akan
mengalami kerugian atau keuntungan. Mana satu pilihan kita?
Bisnes Kini
SEBELUM tercapainya matlamat utama yang sedang diusahakan untuk dicapai, Walasri.com kini meneruskan bisnes pembinaan laman web yang telah dimulakan sejak tahun 2003. Sebelum ini, bisnes ini di bawah Walasri.com, kini semua urusan bisnes pembinaan laman web telah dipindahkan kepada Beniso.com, sekutu Walasri.com.Ke laman web Beniso.com >>
